PM Anwar ziarah Musa Hitam

Politics
28 Apr 2023 • 7:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto Twiter Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis meluangkan masa menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan keluarga.

Dalam catatan di akaun media sosialnya, Perdana Menteri memaklumkan, pada kesempatan itu, beliau dan Musa bertukar pandangan berhubung pelbagai isu semasa.

“Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menziarahi Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan keluarga.

“Kami berdua sempat bertukar pandangan terkait pelbagai isu mutakhir ini,” kata Anwar dalam hantaran berkenaan.

Perdana Menteri juga dalam hantaran sama mendoakan Musa diberi kesihatan berpanjangan di samping keluarga.

Baru-baru ini, Musa yang berusia 89 tahun dilaporkan menjalani pembedahan otak selepas terjatuh ketika berkebun.

Berita berkenaan dikongsi oleh bekas pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Nazir Razak yang melawat Musa selepas menjalani pembedahan di hospital. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved