PM Arah KKM Beri Rawatan Terbaik Diperlukan Najib

Politics
12 Sep 2022 • 9:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan terbaik yang diperlukan Datuk Seri Najib Tun Razak - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan terbaik yang diperlukan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau pada masa sama mendoakan Najib diberikan kesembuhan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Najib. 

"Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesembuhan," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

The Vibes sebelum ini melaporkan, perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Najib ditangguhkan awal hari ini, bagi membolehkan mantan Perdana Menteri itu mendapatkan rawatan perubatan, selepas berdepan keadaan kesihatan yang dilaporkan 'agak teruk'.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara bahawa ubat darah tinggi baharu diambil Najib telah memberi kesan buruk kepada kesihatan Ahli Parlimen Pekan itu.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini supaya Najib dibenarkan menghadiri temujanji perubatannya pada pukul 2 petang.

Sri Ram berkata, Najib perlu kembali ke Penjara Kajang untuk membuat persiapan yang diperlukan sebelum ke hospital. - Getaran, 12 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved