PM arah KPT selaras bantuan buat keluarga mangsa nahas Gerik

LocalPolitics
9 Jun 2025 • 9:03 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.

Beliau berkata musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang, seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

“Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar,” katanya.

Dilaporkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, menyebabkan bas berkenaan terbalik.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak. - 9 Jun, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved