PM arah MCMC siasat penafian Muhyiddin mengenai hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 7:45 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM arah MCMC siasat penafian Muhyiddin mengenai hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95

image is not available

07/08/2025 - 07:45

Oleh Muhammad Iman

PUTRAJAYA 7 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat penafian Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung dakwaan beliau mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan itu bertujuan memastikan semua fakta diperjelas dan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

MCMC dalam kenyataan berasingan mengesahkan akan menjalankan siasatan segera terhadap penafian tersebut, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat tidak sahih.

Isu itu timbul selepas Perdana Menteri pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam merujuk kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang didakwa mempersoalkan tindakan kerajaan membebankan orang asing dalam penyasaran subsidi RON95. - DagangNews.com

standard