PM arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan

25 Nov 2023 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar berucap melancarkan Karnival Usahawan Desa (KUD) Kebangsaan 2023 di Anjung Floria, pada Sabtu. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.

Ketika menyeru rakyat untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bagi mengelak risiko penyakit diabetes, Anwar mengarahkan semua kementerian melaksanakan kempen kurangkan gula dalam pemakanan.

"Laporan (menunjukkan) penyakit kencing manis diabetis paling tinggi di Asia itu di Malaysia... ini bukan urusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

"Kita patut jadi negara sihat kerana Islam itu menekankan keperluan jaga kesihatan tetapi Malaysia nombor satu dari segi penyakit kerana menelan, menghirup gula berlebihan,” katanya.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini pada Sabtu, Anwar turut meminta para usahawan untuk membantu memastikan penggunaan gula dikawal.

"Saya rasa kesal Malaysia dengan kesedaran Islam, dakwah tazkirahnya, tetapi diabetes tinggi maknanya kesedaran kepentingan kesihatan tidak dikawal,” katanya.

Khamis lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata dapatan hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Dr Zaliha berkata, KKM akan melancarkan satu pelan advokasi gula dalam masa terdekat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved