PM arah teliti beberapa aspek gaji minimum sebelum apa-apa pengumuman

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 4:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM arah teliti beberapa aspek gaji minimum sebelum apa-apa pengumuman

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya beberapa aspek berkaitan gaji minimum diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan atau pengumuman dibuat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, namun tiada keputusan menyeluruh dibuat berhubung isu berkenaan.

“Ada dibincangkan. Perdana Menteri telah minta supaya ada beberapa aspek dikaji dengan lebih teliti, dan sekiranya ada apa-apa pengumuman.

“Sudah pasti salah satu tarikh yang mungkin akan ada apa-apa pengumuman adalah ketika pembentangan Belanjawan pada 9 Oktober nanti.

“Tapi pada mesyuarat hari ini, Perdana Menteri telah minta supaya diteliti beberapa aspek,” katanya dalamsidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Katanya, aspek penelitian itu penting bagi mendengar pandangan daripada pelbagai pihak berhubung isu gaji minimum.

Fahmi berkata, Jemaah Menteri juga mengambil satu sikap untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu gaji minima tersebut.

“Jadi tidak ada keputusan yang menyeluruh pada hari ini, hanya arahan untuk diteliti dulu beberapa perkara sebelum apa-apa pengumuman dibuat,” katanya.

Katanya, sebarang pengumuman berkaitan gaji minimum paling awal boleh dibuat ketika pembentangan Belanjawan pada 9 Oktober depan.

Jelasnya lagi, penelitian itu merangkumi aspek berkaitan tempoh pelaksanaan dan kumpulan serta sektor yang terlibat. – UTUSAN

The post PM arah teliti beberapa aspek gaji minimum sebelum apa-apa pengumuman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved