PM Bakal Umum Projek Tambahan Kepada Kelantan Malam Ini

LocalPolitics
12 May 2023 • 6:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan telah membuat beberapa keputusan baharu, termasuk memberi peruntukan tambahan kepada negeri Kelantan.

Beliau berkata berita baik itu akan diumumkannya semasa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

"Kita lihat relatif negeri-negeri di Pantai Timur sedikit ketinggalan seperti juga Sabah, oleh yang demikian Kerajaan Persekutuan bertekad untuk menambah peruntukan dan kemudahan kepada negeri-negeri (sebegini) khususnya Kelantan.

"Mungkin malam ini saya akan sebut beberapa perkara yang baharu, lebih daripada apa yang diumumkan dalam Belanjawan Madani sebelum ini iaitu projek-projek yang akan membantu membangunkan negeri Kelantan supaya jangan ketinggalan daripada negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL Kota Bharu di Tunjong, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwish Abdul Razak. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved