PM bangga dengan prestasi agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan tadbir negara

Politics
25 Aug 2023 • 10:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan beliau mentadbir negara.

Mengambil contoh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), beliau berkata agensi di bawah Kementerian Kewangan itu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusannya.

“Saya dah hampir lapan bulan dalam kerajaan, mengetuai negara ini, saya bangga, saya meneropong, menelusuri setiap agensi dan minta dipantau teliti kalau ada apa-apa kekurangan, ketirisan, kerosakan, terutama berskala besar.

“Dan syukur Alhamdulillah, setakat ini AmanahRaya prestasinya baik dan saya harap semangat ini dikekalkan kerana ia tidak hanya terletak kepada pimpinan sahaja malah seluruh jentera juga harus menjamin kebersihan (AmanahRaya),” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Ulang Tahun ke-100 AmanahRaya dan pelancaran logo khas 100 tahun agensi itu di Bukit Kiara hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved