PM bentang belanjawan 24 Februari, temu pengurusan perbendaharaan bincang isu rakyat

29 Dec 2022 • 4:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Perbendaharaan, antara lain bagi membincangkan mengenai Belanjawan 2023.

Pertemuan tersebut diadakan bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, tengah hari tadi di Putrajaya.

“Kami menelaah serta menekuni urusan perbendaharaan terutamanya soal rakyat dan Belanjawan 2023 yang akan datang, selain menyelesaikan urusan kerajaan sebelum melangkah ke tahun baharu 2023,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul hari ini mengesahkan Anwar dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari pada Sidang Pertama Parlimen ke-15 tahun depan.

Belanjawan itu akan dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sidang Dewan Rakyat bermula pada 13 Februari. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved