
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa siasatan sangat rapi akan dijalankan berhubung dakwaan cubaan sabotaj negara kerana angka-angka dan data-data ke arah isu itu adalah sangat membimbangkan.
Kerajaan, tegas Perdana Menteri, tidak akan sesekali membenarkan campur tangan mana-mana negara luar atau syarikat asing dalam sebarang urusan.
"Saya tentunya meneliti dan bila dikaitkan dengan ancaman-ancaman terbaru yang masih dalam siasatan.
"Dalam kes dikaitkan itu ia perlu siasatan rapi kerana angka-angka itu menunjuk ke arah itu (sabotaj), sangat membimbangkan.
“Kita berbeda pendapat di sini (dewan), bertempur dalam pilihan raya, di sidang, tapi tidak harus mengizinkan umpamanya untuk digunakan negara asing atau syarikat asing untuk sabotaj,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul mengecam serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri menjawab pertanyaan dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pada sesi perbahasan berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bahawa pihak polis sedang menyiasat dakwaan terdapat satu gerakan terancang untuk menjatuhkan dan mensabotaj kerajaan.
Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa.
Mohd Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan perkara itu dan siasatan sedang dijalankan oleh unit siastaan jenayah terkela, bahagian pendakwaan/ undang-undang (D5), Jabatan Siastaan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan sentiasa bersiap-siaga dan berwaspada terhadap sebarang ancaman termasuk dari luar yang bertujuan mengganggu gugat pentadbiran dan kedaulatan negara.
“Kewaspadaan itu perlu, kesiapsiagaan itu perlu. Menganggap bahawa semuanya teratur dan terselamat itu suatu kelemahan besar daripada pemikiran kita. Jadi, sebab itu soal kedaulatan negara, maruah rakyat bagi kita harus ada kesepakatan walaupun sama-sama tahu akan risikonya,” kata beliau.
Menurutnya, pada peringkat awal merdeka sememangnya ada ancaman komunis oleh Parti Komunis Malaya dan juga bantuan dari luar.
Justeru kemungkinan seperti itu, katanya, tidak boleh diberikan berlaku dan mengancam keselamatan negara. - 2 Mac, 2026.
The post PM beri amaran campur tangan asing, cubaan sabotaj Malaysia appeared first on Scoop.

