PM beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri

LocalPolitics
28 Mar 2024 • 10:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (tengah) dan Dr Wan Azizah menyantuni orang ramai yang hadir pada Majlis Iftar Madani bersama Perdana Menteri di Dataran Putra Presint 1 Putrajaya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua rakyat perlu mempunyai semangat untuk bekerja.

‘'Kita kena ada semangat kerja," jawabnya ringkas selepas ditanya wartawan mengenai kemungkinan cuti tambahan diberikan pada 12 April (Jumaat) depan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan selepas selesai berbuka puasa sempena Majlis Iftar Madani yang berlangsung di Putrajaya.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang sempena Hari Nuzul al-Quran.

Beliau yang hadir ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan berjumlah RM110,000 daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Selain itu, sejumlah 10,000 pek juadah berbuka puasa dan bubur lambuk turut diagih kepada orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

Selepas berbuka puasa, Anwar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dengan diimamkan Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Sarawathy dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved