PM Beri Sumbangan Kepada Otai Reformis

Politics
24 Mar 2024 • 5:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar - Facebook

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Hatta, seorang otai reformis yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi semalam untuk membantu urusan harian dan perubatan Hatta.

"Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.

"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah," kata Anwar yang turut berkongsi gambar Farhan menziarahi Hatta. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved