PM beri tempoh hingga 20 Mac kepada KPKM, Naccol muktamad harga padi, beras

25 Feb 2024 • 7:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh hingga 20 Mac depan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.

Beliau berkata penetapan harga barangan asas itu memerlukan sedikit masa untuk dimuktamad bagi mengimbangi keperluan pengguna dan pesawah supaya kedua-dua kumpulan tidak terbeban.

“Bila main soal dasar, nak tetapkan dasar, harga padi umpamanya, itu kita harus sabar sekejap, ikut proses sebelum kita muktamadkan dan saya sudah bercakap sendiri dengan pihak Bernas dalam mesyuarat Naccol baru-baru ini supaya mencari jalan (kurangkan) import beras manakala pengeluaran tempatan dinaikkan.

“Dia ada masalah, naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pengguna, tak naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pesawah, jadi bagaimana nak imbangi kedua-duanya kerana pesawah adalah antara kelompok yang miskin di negara kita.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Rakyat umumnya mahu harga beras turun atau terkawal, pesawah mahu hasil mereka itu dinilai,” katanya pada majlis penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.