PM berlari masuk Dewan Rakyat

Politics
28 Mar 2023 • 3:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar dilihat bergegas ke Dewan Rakyat - Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat bergegas memasuki Dewan Rakyat pada Selasa mencuri tumpuan ramai.

Ahli Parlimen Tambun itu dipercayai bertindak demikian bagi memastikan beliau hadir tepat pada masa ketika sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan kesediaan untuk menjawab soalan daripada para wakil rakyat dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 kali ini.

Sesi PMQ merupakan pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dan pada setiap Selasa, Perdana Menteri akan menjawab soalan yang ditujukan kepada beliau manakala pada Khamis ialah sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Sementara itu pada sesi PMQ, Anwar menjawab beberapa soalan antaranya daripada Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin mengetahui pendekatan baharu dan kemajuan perlaksanaan inisiatif menoktahkan kemiskinan secara holistik.

Selain itu turut mengambil bahagian pada sesi berkenaan adalah Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai mekanisme yang digunakan kerajaan untuk mengukur pencapaian pelakasanaan menoktahkan kemiskinan.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Tanah Merah) pula memohon Anawar menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasa parlimen.