PM Bermesyuarat Bersama Jabatan, Agensi Kerajaan Fokus Isu Kos Sara Hidup

LocalPolitics
27 Nov 2022 • 7:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya hari ini, dengan memfokuskan kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat - Gambar Twitter Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya hari ini, dengan memfokuskan kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran Facebook dan Twitter.

“Malam ini meraikan jemaah kariah dan rakan-rakan di Sungai Long. Kami bersama mendirikan solat hajat dan membaca surah Yasin mendoakan semuanya selamat buat negara tercinta.

“Esok pagi jam 11 (saya) bermesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya yang akan memberi fokus soal kos sara hidup yang menekan rakyat,” katanya.

Anwar dijadual menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 itu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. – Bernama