PM buat laporan polis akaun telegram digodam

9 Aug 2022 • 10:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

image is not available
Tweet Perdana Menteri melalui twitter rasminya pada 9:19 pagi Selasa

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.”

“Individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

image is not available
Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri