PM China Ucap Tahniah Kepada PM Anwar

Politics
25 Nov 2022 • 10:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Li Keqiang - Gambar AFP

BEIJING - Perdana Menteri China, Li Keqiang pada Jumaat menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri Malaysia.

Li berkata secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut dan hubungan akrab ini menyaksikan momentum pembangunan yang hebat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kedua-dua pihak terus mengukuhkan kepercayaan politik bersama dan memperdalam kerjasama sama menang, menyumbang secara positif kepada keamanan serta kemakmuran kedua-dua negara dan rantau ini, kata beliau. 

Li berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Anwar untuk mengukuhkan lagi perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara dan bersama-sama melangkah ke hadapan ke arah membina komuniti China-Malaysia dengan berkongsi masa depan demi manfaat negara dan rakyat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved