PM desak Israel bebaskan segera 100 aktivis GSF termasuk 16 rakyat Malaysia

18 May 2026 • 9:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PM desak Israel bebaskan segera 100 aktivis GSF termasuk 16 rakyat Malaysia
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel memintas Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0) ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis termasuk 16 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi aman membela kemanusiaan sejagat.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera kesemua aktivis.

"Tindakan kurang ajar rejim jahat ini terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa malah memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan yang dilakukan oleh rejim Zionis.

"Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban," katanya. - Bernama

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved