PM dijangka jawab isu DNAA di Dewan Rakyat esok

Politics
18 Sep 2023 • 3:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjawab persoalan mengenai keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Anwar mungkin akan menjawab persoalanan itu pada pukul 2.30 petang.

“Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab. Tuan punya badan ada di sini, buat tangan ‘good’ itu dia (Anwar) akan jawab esok, Insya-Allah pukul 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,“ katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin sama ada Perdana Menteri akan menjawab isu DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi itu di Dewan Rakyat. - Bernama