PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

8 May 2024 • 8:32 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.

"Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak," menurut hantaran itu.

Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey, telah disimbah asid dalam insiden di sebuah pusat membeli-belah di Damansara pada Ahad lalu.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat insiden tersebut dan beliau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan. - BERNAMA