PM, Elon Musk dijangka rasmi ibu pejabat Tesla-Malaysia

Business & Finance
10 Aug 2023 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Elon Musk dijangka ke Malaysia untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini. - Foto Reuters

KUALA TERENGGANU - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan Space X, Elon Musk dijangka ke Malaysia untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri semasa menyampaikan ceramah pada Jelajah Perpaduan Madani di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, pada Rabu.

"Selang dua... tiga minggu selepas pertemuan (menerusi maya), ketua rantau Asia jumpa saya. Dia kata, Prime Minister, kami sudah membeli bangunan besar di Cyberjaya untuk ibu pejabat dan dijangka siap akhir September atau Oktober ini.

"Kami minta Perdana Menteri merasmikan, saya cakap boleh tapi dengan syarat Elon Musk datang, kami rasmi sekali," kata beliau.

Dalam satu pertemuan secara maya, Musk menyatakan persetujuan menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Usahawan bilionair itu turut bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini.

Dalam perbincangan maya bersama Musk juga, Anwar berkata, dua lagi syarikat milik Musk iaitu syarikat aeroangkasa, SpaceX dan Stalink yang juga penyedia internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pendaman rendah yang dikendalikan SpaceX juga bercadang jadikan Malaysia sebagai hab syarikat berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia memberi ruang awal kepada SpaceX berbanding negara-negara lain. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved