PM gesa KWSP tingkat pelaburan kepada 70 peratus

Politics
8 May 2023 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP Kwasa Damansara pada Isnin. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pelaburan dalam negera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditingkatkan kepada 70 peratus tahun ini.

Beliau berkata, KWSP perlu mencapai sasaran tersebut seiring dengan matlamatnya yang mahu membantu pencarumnya.

“Saya lihat KWSP pelaburan tinggi sehingga 64 peratus dalam negara. Saya cuma menekan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Ia untuk keperluan negara sekarang dan ambil kira keperluan sebahagian rakyat,” katanya semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP Kwasa Damansara di sini pada Isnin.

Anwar turut memaklumkan bahawa beliau telah melakukan perbincangan bersama KWSP dan Khazanah Nasional Bhd bagi mencari pendekatan untuk mengajak anak muda terlibat dengan syarikat pemula.

“Kita perlukan pendekatan strategik, ya (kita ada) strategi dalam infrastruktur seperti pelaksanaan Plus Expressway dan terowong SMART.

“Bagaimanapun, kita memerlukan pendekatan yang membolehkan anak-anak kita mengambil bahagian lebih dalam ekosistem permulaan yang merupakan salah satu fokus utama pelaburan negara,” ujarnya.