PM guna kenderaan sedia ada di pejabat, tolak Mercedes S600

Politics
28 Nov 2022 • 8:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata langkah tersebut diambil, kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” katanya.

Anwar, 75, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Khamis, sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved