PM hadir pembukaan, sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

10 May 2023 • 10:18 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

LABUAN BAJO (Indonesia), 10 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 hari ini untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau.

Lapan ketua kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput, dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei.

Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Jen Dr Kao Kim Hourn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Pemimpin memulakan pertemuan dua hari mereka untuk membincangkan beberapa isu penting bagi menggalakkan rantau yang lebih kuat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dan menghadapi cabaran semasa.

Ini selaras dengan tema pengerusi ASEAN pada 2023 iaitu Indonesia, “ASEAN Matters: Epicentre of Growth”.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved