PM hadiri mesyuarat AZEC dan bertemu diaspora Malaysia di Tokyo

Politics
18 Dec 2023 • 11:32 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan diaspora Malaysia di Jepun pada hari terakhir lawatan kerja lima hari beliau ke Jepun pada Isnin.

Mesyuarat pemimpin AZEC itu dijadualkan bermula pada 10 pagi (waktu tempatan) di pejabat Perdana Menteri Jepun.

AZEC merupakan platform kerjasama yang bertujuan memajukan neutraliti karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.

Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga US$8 bilion sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh diperbaharui dan inisiatif penjimatan tenaga, negara anggota AZEC.

Negara-negara AZEC termasuklah Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Selepas mesyuarat itu, Anwar akan menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jepun pada 11:30 pagi di Keidanren-kaikan.

Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga kemudiannya dijadualkan untuk menghadiri majlis minum teh pemimpin ASEAN yang dihoskan Mahajara Naruhito di Istana Imperial di Chiyoda pada 4 petang.

Selepas itu Perdana Menteri akan bertemu dengan diaspora Malaysia pada 5 petang di Hotel Imperial.

Anwar disertai Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dijadualkan mengadakan sidang media bersama media malaysia pada 5.45 petang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved