PM hadiri mesyuarat tertutup bersama MPN Keadilan tiga negeri

LocalPolitics
16 Feb 2024 • 7:42 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUTTERWORTH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya di sini.

Beliau diiringi Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi, dan Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.

Anwar mengadakan pertemuan itu secara berasingan mengikut negeri namun tiada perincian diberikan mengenai sesi tersebut.

Perdana Menteri, yang akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang esok, mempunyai jadual padat dengan kunjungan ke Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda pada sebelah pagi sebelum ke Persidangan Antarabangsa Zakat di Universiti Sains Malaysia.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Selepas itu, Anwar akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan. -Bernama