PM harap peningkatan bayaran STR ringankan beban rakyat

29 Jan 2024 • 1:36 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran maksimum STR bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan kepada RM500 berbanding RM300 tahun lepas, dengan bayaran bagi Fasa 1 STR 2024 kepada 8.2 juta penerima akan disalurkan bermula hari ini.

Menurutnya, beliau akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.

“Kerajaan Madani beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi Madani.

“Saya berharap penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan kerajaan menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, berbanding bayaran maksimum RM300 tahun lepas.

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula, penerima layak menerima RM100 hingga RM300.

Dalam pada itu, penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima RM150 dan RM100. – 29 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved