PM hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah

8 Mar 2025 • 3:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah keluarga Abu Hanifah di Kampung Cherating Baru, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan memaklumkan bahawa Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak, termasuk seorang yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala dua lagi adiknya merupakan individu kelainan upaya yang memerlukan perhatian rapi.

“Kini, ibu mereka menjadi satu-satunya tempat bergantung. Saya hadir bukan sekadar menziarahi, tetapi menyampaikan sumbangan wang tunai daripada perdana menteri sebagai tanda keprihatinan.

“Saya juga menitip pesanan kepada si ibu dan anak sulung agar terus tabah mengharungi kehidupan. Semoga kehadiran kami memberi sedikit kelegaan, dan urusan mereka dipermudahkan,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran Facebook hari ini, yang turut dikongsikan Anwar.

Ahmad Farhan turut mengajak umat Islam mendoakan agar Allahyarham Abu Hanifah dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved