PM jamin tidak abai negeri pembangkang, sedia bincang isu rakyat

21 Dec 2022 • 8:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PASIR MAS, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan beliau sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk negeri yang diketuai kerajaan pembangkang.

Beliau berkata langkah itu diterjemah menerusi lawatannya ke Kelantan, negeri pertama dikunjunginya sejak berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

“Saya sudah beritahu sebelum ini, tugas saya sebagai Perdana Menteri adalah berusaha mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin.

Soal pilihan raya rakyat yang memilih. Tanggungjawab saya selepas diberi amanah adalah mengurus dengan baik tanpa mengira negeri dan tumpuan saya soal banjir adalah di Kelantan memandangkan negeri ini banjir.

Kalau bercakap soal pelabuhan mungkin sesuai di Johor, kita ikut keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas Kelantan 21 Disember 2022. Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau sedia menerima kunjungan daripada Ahmad bagi membincangkan isu pembangunan negeri ini.

“Saya beri jaminan bukan sahaja hari ini, tetapi pada masa depan sekiranya ada keperluan saya sedia menerima beliau sama ada di pejabat untuk berbincang hala tuju untuk kepentingan rakyat dan pembangunan,” katanya. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved