PM Jepun Kishida Disahkan Positif COVID-19

21 Aug 2022 • 7:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fumio Kishida - Gambar fail AFP

TOKYO - Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida disahkan positif COVID-19 pada Ahad, umum kerajaan.

Menurut Sekretariat Kabinet, Kishida mengalami gejala seperti demam dan batuk pada petang Sabtu, lapor Xinhua.

Beliau sepatutnya kembali bertugas pada Isnin selepas bercuti bersama keluarganya selama seminggu sempena cuti musim panas.

Bagaimanapun, Kishida semakin pulih dan berada di kediaman rasminya. Beliau boleh meneruskan tugasnya seperti biasa tetapi membatalkan lawatannya ke Tunisia pada hujung minggu depan, lapor NHK. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved