PM Kenang Profesor John Esposito Sebagai Sahabat Sejati Dunia Islam

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 2:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Kenang Profesor John Esposito Sebagai Sahabat Sejati Dunia Islam

PM Kenang Profesor John Esposito Sebagai Sahabat Sejati Dunia Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian sarjana tersohor dunia dalam bidang kajian Islam, Profesor John L. Esposito, yang disifatkannya sebagai seorang tokoh ilmuwan serta sahabat sejati kepada dunia Islam.

Anwar berkata, beliau telah mengenali Esposito sejak awal tahun 1970-an dan persahabatan yang terjalin antara mereka kekal utuh selama lebih lima dekad.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Esposito memainkan peranan besar dalam memperluaskan kefahaman mengenai Islam di dunia Barat selain memperkukuh dialog antara agama, khususnya melibatkan masyarakat Islam dan Kristian.

Menurut beliau, antara sumbangan terbesar Esposito ialah mengasaskan Pusat Kefahaman Muslim-Kristian di Universiti Georgetown, menyunting Oxford Encyclopedia of the Islamic World serta pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pengajian Timur Tengah Amerika Utara.

Baca juga:

“Beliau membina jambatan penghubung tatkala pihak lain lebih selesa membina benteng pemisah antara tamadun.

“Saya akan mengenang John sebagai seorang sarjana yang hebat, namun lebih daripada itu, sebagai seorang sahabat yang nasihat serta pandangannya amat saya hargai selama bertahun-tahun,” katanya.

Anwar berkata, Esposito juga seorang yang amat pemurah dalam setiap perbualan peribadi dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya ketika melalui pelbagai detik sukar mahupun ketika berada di puncak kejayaan.

“John seorang yang sangat pemurah dalam perbualan peribadi, sehebat ketelitian yang dizahirkannya di dada halaman penulisan. Malah, beliau sentiasa setia berada di sisi saya dalam mengharungi waktu susah dan senang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, karya-karya Esposito termasuk What Everyone Needs to Know About Islam serta kajian bersama Dalia Mogahed menerusi Who Speaks for Islam? banyak membantu meningkatkan pemahaman masyarakat antarabangsa terhadap Islam, khususnya selepas tragedi 11 September.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Jean, serta seluruh ahli keluarga, rakan sekerja dan anak didik Esposito.

Anwar berkata, beliau berharap legasi ilmu serta usaha murni Esposito dalam membina persefahaman dan dialog antara masyarakat akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved