PM: Kerajaan tidak benarkan sistem beraja diperolok atas nama kebebasan

LocalPolitics
5 Jun 2023 • 12:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan di negara ini, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, beliau berkata kerajaan pastinya akan mempertahankan sistem beraja dengan memastikan tindakan yang setimpal diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam institusi itu dan keluhuran Perlembagaan.

“Sesuai dengan bidalan Melayu bahawa, ‘Biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua’.

“Raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik,” katanya ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara di sini hari ini.

Istiadat berkenaan berlangsung bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bersambung..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved