PM: Kerajaan usaha cari dana tampung penyelarasan gaji pekerja swasta

LocalPolitics
9 Aug 2023 • 8:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA TERENGGANU: Kerajaan sedang berusaha mencari dana untuk menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata tidak banyak negara yang melakukan perkara itu tetapi Kerajaan Perpaduan tetap akan memikirkan tentang bagaimana kaedah dan pelaksanaannya.

“Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta.

Pekerja kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum. Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja itu ditingkatkan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

lagi..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved