PM, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun

Politics
5 Nov 2023 • 12:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Kishida tiba di Seri Perdana pada 10 pagi dengan disambut Anwar dan kemudiannya diperkenalkan dengan barisan menteri Kabinet yang hadir iaitu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sejurus itu, kedua-dua pemimpin negara memulakan pertemuan untuk menilai kemajuan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi.

Anwar dan Kishida juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk konflik Palestin-Israel. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved