PM: Lantikan ketua polis negara belum dimuktamad

19 Jun 2025 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ISKANDAR PUTERI, 19 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengesahkan nama individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara (IGP) bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang dijadual akan menamatkan kontrak pada 22 Jun ini.

Beliau juga enggan memaklumkan sama ada senarai sudah dihantar kepada pihak istana atau belum.

“Siapa yang beritahu? Benarkah? Nanti saya tanya Yang di-Pertuan Agong,” katanya secara berseloroh ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Johor di sini hari ini.

Kenyataan Anwar itu hadir susulan ada laporan media yang mendakwa senarai nama calon IGP sudah dimuktamadkan oleh kerajaan dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan IGP merupakan prerogatif Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved