PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

26 May 2024 • 2:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri (kiri) melihat bahan yang terdapat pada Pameran Era Pasca Normal Madani - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Pameran Era Pasca-Normal MADANI, yang diadakan di Berjaya Times Square di sini.

Beliau yang tiba di tapak pameran pada 11 pagi, melangkan masa kira-kira sejam untuk melihat pameran menampilkan karya enam artis tempatan yang mengetengahkan ciri tonggak utama konsep MADANI iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan.

Antara artis terlibat ialah pengukir Liu Cheng Hua yang menampilkan karya 'Golden Shafts', sejenis peralatan perlombongan emas diperbuat daripada sumber buluh tempatan yang diguna meluas di Raub, Pahang pada 2014.

Turut dipamer ialah hasil seni lukisan bertajuk Human Needs Human, Panorama dan Aku Bukan Pendatang dari Stephen Menon, seorang pelukis dan pembuat cetakan yang terkenal dengan teknik inovatif dan karya yang merangsang pemikiran.

Turut hadir ke pameran itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk R Ramanan, Pengarah Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS) Professor Ziauddin Sardar serta Penolong Pengarah CPPFS Scott Jordan.

Pameran bermula hari ini hingga 10 November merupakan hasil kerjasama antara Perdana Menteri dan CPPFS manakala Berjaya Times Square pula merupakan penaja dan penganjur program.

Kemasukan ke pameran itu adalah percuma, bersesudian dengan matlamatnya untuk menyebarkan kesedaran tentang zaman pascanormal yang dilalui rakyat dan bagaimana Anwar yang juga Menteri Kewangan, berusaha menggabungkan pengalaman politik dan keazamannya untuk melakukan pembaharuan, dengan mengambil kira pandangan kajian masa depan dan teori masa pascanormal.

Ini juga bagi memastikan kerangka konsep MADANI dapat dibangunkan, sekali gus membantu negara mengharungi arus badai ke hadapan ke arah masa depan yang lebih cerah. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved