PM luluskan permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi

LocalPolitics
28 May 2025 • 9:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

SHAH ALAM- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima surat permohonan peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikemukakan pada Rabu.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri dengan mereka juga mendedahkan Anwar turut meluluskan surat permohonan cuti daripada bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

"Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri," katanya pada Rabu.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan keputusan peletakan jawatannya berkuatkuasa 17 Jun depan, diikuti Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkuat kuasa 4 Julai ini.

Keputusan yang dibuat Rafizi dan Nik Nazmi itu atas alasan mereka tidak lagi mendapat mandat parti susulan kekalahan bagi pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR.