PM Mahu 100 Saintis Bioteknologi Anjur Program Di Sekolah Bagi Meningkatkan Minat STEM

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini Perdana Menteri kita Anwar Ibrahim telah mencadangkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Chang Lih Kang menganjurkan program khusus untuk menarik minat para pelajar sekolah terhadap Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi atau STEM.

image is not available

Perdana Menteri mahukan 100 saintis dari bidang bioteknologi, menganjurkan program ini di 100 sekolah. Setiap saintis dicadangkan untuk menganjurkan program berdasarkan bidang tertentu. Program ini dikatakan boleh dilakukan setiap sebulan sekali untuk dua jam. Jika bukan saintis, wakil syarikat berkaitan seperti BioNexus turut dijemput untuk menganjurkan program ini.

image is not available
Sumber – Program oleh STEM Malaysia

Idea ini diperoleh selepas Menteri menerima maklumat yang pelajar sekolah di kawasan pinggir bandar dan luar bandar jauh ketinggalan dalam bidang STEM. Subjek ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah penting untuk masa hadapan setiap pelajar. Buat masa ini masih tiada sebarang butiran bilakah saintis atau wakil syarikat berkaitan akan mula menganjurkan program bersesuaian dengan subjek STEM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved