PM mahu penjawat awam tegur terhadap pelanggaran undang-undang

LocalPolitics
16 Jan 2023 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menyampaikan amanat pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini.

 - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata warga perkhidmatan awam wajar membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.

Berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2023 di sini hari ini, Anwar berkata, teguran tersebut turut membabitkan dirinya yang kini memegang portfolio Menteri Kewangan.

"Saya tekankan ialah penguatkuasaan, apa yang saya pelajari terutama di Kementerian Kewangan, saya lihat banyak fail ada banyak keterlanjuran.

"Nak salahkan pegawai...jika ‘minit’ daripada menteri atau perdana menteri, dia patuh. Tetapi saya telah beri arahan yang jelas kalau ada ‘minit’ daripada perdana menteri sendiri pun kalau ada melanggar undang-undang, sekurang-kurangnyanya saya dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

AKAN MENYUSUL