PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak

9 Oct 2022 • 10:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Majlis istiadat telah berlangsung petang tadi

PM Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-86 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, petang tadi.

Telah dilaporkan dari media tempatan, Datuk Seri Ismail Sabri menerima anugerah itu dalam istiadat yang diadakan hari ini sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-86.

image is not available
PM Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Dari TYT Sarawak. Sumber: Theborneopost

Beliau juga telah mendahului daripada 846 penerima darjah kebesaran negeri pada hari ini.

Beliau hari ini telah dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran “Datuk Patinggi”.

Berpakaian pakaian tradisional Melayu hitam, Perdana Menteri Malaysia diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menaiki pentas untuk menerima anugerah itu.

image is not available
Sumber: BERNAMA

Anugerah itu disampaikan dalam istiadat yang telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Miri.

Istiadat yang bermula pada jam 5.15 petang hingga jam 5.30 petang itu turut dihadiri, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Isteri TYT Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, serta menteri kabinet negeri dan lain-lain orang kenamaan turut hadir isitiadat petang tadi.

image is not available
Sumber: BERNAMA

Lagi artikel menarik yang anda mungkin minat. Lihat pautan di bawah: