PM menghadap Pemangku Sultan Johor di ibu negara

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 7:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PM menghadap Pemangku Sultan Johor di ibu negara
Anwar menghadap Tunku Mahkota Ismail di ibu negara. Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di ibu negara.

Anwar dalam kenyataan berkata, pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni itu memberikan ruang yang baik untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan perkara berkaitan kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di Johor.

"Kami turut membincangkan perkembangan semasa dan perancangan berterusan Kerajaan Madani dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau dan Tunku Mahkota Ismail juga sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Johor.

Sementara itu, The Royal Johor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pertemuan berkenaan berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.

Hantaran itu turut memuat naik tiga keping gambar perbincangan antara Tunku Mahkota Ismail dengan Anwar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved