PM merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

LocalPolitics
11 Dec 2025 • 1:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Selangor sempena sambutan hari keputeraan baginda ke-80

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. 

“Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook. 

Beliau turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh kerabat diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat Selangor. -Bernama