PM: Penyertaan Malaysia di sidang kemuncak perkukuh kepusatan Asean

Politics
4 Sep 2023 • 8:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penyertaan Malaysia pada Sidang Kemuncak Asean Ke-43 di sini akan mengukuhkan lagi Kepusatan Asean di rantau Indo-Pasifik serta menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan Asean dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.

Beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di ibu kota Indonesia hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak yang akan bermula esok hingga 7 Sept.

“Platform ini dapat menggalakkan kebersamaan, keamanan dan kestabilan tatkala menopang tantangan dan kebhinekaan (kepelbagaian) evolusi geopolitik serantau yang kian mencabar tika ini,“ tulisnya di akaun X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Anwar berkata platform itu juga akan digunakan bagi menyatakan hala tuju kerajaan berkaitan isu glokal yang terkait selain menyertai beberapa siri sidang kemuncak dalam mengukuhkan jaringan diplomatik yang sekian lama terjalin dengan rakan-rakan Asean.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan Rakan Dialog Asean antaranya Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Selain acara rasmi, Perdana Menteri akan bertemu sahabat-sahabat Indonesia dalam ‘Program Temu Anwar’ yang buat julung kalinya diadakan di luar Malaysia.

“Moga semua yang dirancang dan diatur ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan-Nya, insya-Allah,“ katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved