PM Perlu Lantik Peguam Negara Dari Kalangan Mereka Sendiri - Azalina

Politics
27 Aug 2022 • 5:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azalina Othman Said - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri perlu melantik Peguam Negara dari kalangan mereka sendiri, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Bercakap kepada 3,000 penyokong di taklimat khas sempena pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak, Azalina berkata Perdana Menteri memiliki kuasa penuh untuk melantik Peguam Negara pilihannya sendiri, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tak peduli jika apa yang saya katakan menimbulkan kemarahan tetapi sesiapa sahaja yang menyandang jawatan Perdana Menteri perlu melantik Peguam Negara dari kalangan mereka sendiri,” katanya sambil disambut sorakan peserta.

Beliau kemudian berkongsi pengalaman sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang, dan melantik barisan pegawai dari kalangan penyokongnya sendiri.

“Mudah sahaja. Saya menjadi ketua bahagian selama 20 tahun dan sudah tentu melantik Setiausaha Bahagian, Ketua Penerangan dari kalangan orang-orang saya.

“Tetapi Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita serta timbalan mereka dipilih oleh ahli parti. Inilah prinsip demokrasi dalam parti,” katanya. - The Vibes, 27 Ogos 2022