PM: Pilihan raya lebih rumit, Kerajaan Perpaduan bertarung dengan fitnah, prasangka

Politics
25 Aug 2023 • 8:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan suasana pilihan raya ketika ini lebih rumit berbanding kebiasaan kerana berlakunya perbuatan menyebarkan kebencian dan prasangka yang berterusan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan Perpaduan terpaksa bertarung dengan ancaman fitnah dan asakan polemik yang boleh mengganggu-gugat hak serta keselamatan orang Melayu.

“Kita kini bertarung dengan fitnah. Pertarungan ini lebih rumit kerana ada hasutan serta mencungkil naluri batin dan bukannya berdasarkan pertimbangan rasional,” katanya semasa berucap pada sesi perjumpaan bersama jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pemimpin tertinggi PH-BN Johor serta jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata dalam tempoh lapan bulan mentadbir negara, Kerajaan Perpaduan berjaya mengangkat martabat Malaysia dan menangani pelbagai isu termasuk kemiskinan, tatakelola serta memulihkan kembali ekonomi negara. -Bernama