PM Rafak Sembah, Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong 

LocalPolitics
3 Jun 2024 • 12:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja agar sentiasa berada dalam keaddan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku!," katanya. - BERNAMA