PM rai pemimpin, ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan di majlis berbuka puasa

Politics
7 Apr 2023 • 9:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berbuka puasa dan meraikan lebih 1,000 pemimpin dan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan di kediaman rasmi, Seri Perdana, di sini.

Antara pemimpin dan ahli parti yang hadir adalah dari Barisan Nasional, DAP, Warisan, MUDA, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Majlis itu turut dihadiri Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup, Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong dan Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah.

Turut serta isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti terbabit sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah serta mengikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Presiden Kolej Dar Al-Hikmah Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty. -Bernama