PM Rai Petani, Nelayan Dan Penternak Di Majlis Berbuka Puasa

LocalPolitics
4 Apr 2023 • 9:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Iftar Perdana Menteri bersama KKDW dan KPKM di Kompleks Seri Perdana malam ini. - Gambar Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan  kira-kira 1,200 komuniti nelayan, petani dan penternak dalam majlis berbuka puasa di kediaman rasmi ,Seri Perdana, di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ,Datuk Seri Mohamad Sabu, serta isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 14 anak yatim masing-masing dari Rumah Bakti Al- Kausar dan Rumah Cahaya Kasih.

Majlis itu turut dihadiri 13 anak yatim yang didatangkan dari Rancangan Sungai Behrang, Felda Trolak, Rancangan Sungai Tengi, Rancangan Sungai Tengi Selatan dan Rancangan Gedangsa.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti berkenaan serta anak yatim dan warga kementerian yang turut hadir sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved