PM rasmi PBAKL 2026, lancar buku ‘Membangun Masyarakat MADANI Versi Kartun’

LocalPolitics
29 May 2026 • 2:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PM rasmi PBAKL 2026, lancar buku ‘Membangun Masyarakat MADANI Versi Kartun’

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Ketibaan beliau pada 10.30 pagi disambut meriah ribuan pengunjung yang mula membanjiri tapak penganjuran sejak awal pagi.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan buku ‘Membangun Masyarakat MADANI Versi Kartun’ karya kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali Zunar.

Karya berkenaan memaparkan usaha pembanterasan rasuah, reformasi pentadbiran dan pengukuhan tatakelola Kerajaan MADANI menerusi ilustrasi kartun yang mudah dihayati segenap lapisan masyarakat.

PBAKL 2026 edisi ke-43 itu berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved