PM salur sumbangan RM50,000 kepada PENA

LocalPolitics
21 Oct 2024 • 2:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Farhan (kanan) menyerahkan sumbangan RM50,000 bagi membaik pulih fasiliti Rumah PENA. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM50,000 bagi membaik pulih fasiliti Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA) sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Anwar berkata, bantuan itu disalurkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang bertemu pihak PENA bagi mewakili beliau, untuk membincangkan usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi dialog antara beliau bersama tujuh Sasterawan Negara pada bulan Jun lepas, yang telah mencetuskan pelbagai idea bernas terkait usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera di negara ini.

"Insya-Allah, hasil perbincangan dan sumbangan ini dapat membantu PENA terus memainkan peranan penting mengembangkan bakat, memelihara intelektual serta memperkasa suara penulis tempatan.

"Ini juga sebahagian usaha menjadikan Rumah PENA sebagai pusat tumpuan dan pertembungan kegiatan pengkaryaan sastera, bahasa dan kebudayaan,” kata beliau. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved